Perarakan jenazah korban revolusi Arab Saudi di Awamiyah + Gambar
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ribuan penduduk di kota Awamiyah menghadiri perarakan jenazah korban terbaru regim Saudi sambil berjanji bahawa revolusi akan tetap diteruskan.
Korban terbaru Abdullah Al-Lajani berusia 17 tahun terbunuh dalam satu siri keganasan regim Arab Saudi.
Perarakan jenazah yang diadakan pada malam kelmarin ini bertukar menjadi demonstrasi besar apabila penduduk awam melaung-laungkan slogan dan sepanduk anti regim. Mereka turut menuntut agar semua tahanan politik dibebaskan segera.
Setelah solat jenazah, ulama Syiah Syeikh Abdul Karim Al-Habil memberikan ucapan dengan mengutuk kekejaman regim dalam menyuraikan demonstrasi baru-baru ini sambil mencabar pihak berkuasa melaksanakan hukum qisas terhadap penjenayah tersebut.
As-Syahid Abdullah Al-Lajani terbunuh pada malam Jumaat lalu akibat ditembak polis regim.























انتهای پیام / 141
.............